Ei.cfg: Tool Ringan Tapi Hebat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersua/bersemuka kita kembali dalam penulisan kali ini. Penulisan kali ini cukup ringkas tapi padat dengan informasi. Ei.cfg ialah satu alat yang berkualiti yang ringan tapi mampu mengubah sesuatu perkara atau benda. Ei.cfg atau nama lainnya ialah Ei.cfg Removal Ultility digunakan untuk mengubah struktur atau membuang satu fail yang tidak diperlukan oleh anda. Beberapa pertanyaan yang mungkin anda terfikir. Adakah anda pernah terfikir bagaimana .iso Windows 7 boleh jadi berbagai versi seperti versi Starter,Home Premium atau Ultimate? Atau anda terfikir bagaimana cara untuk lakukan perkara yang sedemikian. Usah gusar atau kusut. Caranya amat mudah. Hanya memerlukan sedikit kemahiran anda mampu untuk lakukan perkara ini.

Baiklah,kita teruskan kepada tugasan kita. Tapi terdapat dua cara/kaedah yang dapat anda gunakan. Kaedah pertama ialah kaedah secara langsung iaitu kaedah secara automatik dengan menggunakan alat ei.cfg. Langkah kedua pula ialah melakukan dengan cara manual atau tidak langsung. Sebelum ini, Dr. Freedy ada menceritakan tentang perisian ini. Tapi ini kesinambungan untuk entri bahagian ini.



Kaedah automatik.


Langkah 1: Muat turun apa jenis Windows 7 sekali pun. Home Premium,Professional atau Ultimate pada pautan disini atau disini.


Langkah 2: Muat turun alat ei.cfg Removal Utility pada pautan Softpedia disini.


Langkah 3: Ekstrak seperti biasa menggunakan 7Zip,Winrar atau perisian pengekstrakan yang lain.


Langkah 4: Jalankan ei.cfg_remover.exe.


Langkah 5: Selesai bahagian ini. Jadi 'burn' (rakam) ke dalam DVD atau USB fail .iso Windows 7 anda. Disarankan agar menggunakan perisian WinToFlash jika anda mahu rakam ke dalam USB. Jika anda mahu rakam ke dalam DVD boleh menggunakan Power ISO. Klik pautan disini untuk memuat turun WinToFlash.




Kaedah Manual.


Langkah 1: Rakam .iso Windows yang anda muat turun tadi dengan apa perisian rakaman bukan kamera, seperti Nero,Daemon Tools atau Power ISO.


Langkah 2: Buka folder yang anda bakar tadi. Kebiasaannya di Computer. Klik kanan dan pilih Open.


Langkah 3: Buka folder Sources dan cari fail ei.cfg. (Ctrl + F)


Langkah 4: Buka fail tersebut dengan Notepad,Notepad++ atau perisian lain.


Langkah 5: Tukar atau tambah versi Windows yang anda mahukan di bawah perkataan [EditionID]. Windows yang boleh ialah Starter,Home Basic,Home Premium,Professional dan Ultimate. 32-bit atau 64-bit bergantung kepada fail .iso yang anda muat turun.



Hasilnya akan kelihatan seperti ini.



Sekian,Assalamualaikum




















Sumber:OmgHackers

0 comments: