Keylogger : Semua Fakta Yang Anda Perlu Tahu



Keylogger kadangkala dirujuk sebagai Perisian Pengintip iaitu sejenis program kecil yang digunakan untuk memantau segala aktiviti komputer yang menjadi sasaran (local atau remote PC). Keylogger teramat mudah untuk digunakan sehingga seseorang yang hanya mempunyai asas pengkomputeran boleh menggunakannya..apabila ia telah memasuki satu-satu komputer, segala aktiviti keystroke (taipan kekunci keyboard) akan dapat direkodkan dan dihantar kepada pemunya keylogger tersebut..

Terdapat 2 jenis keylogger iaitu:

1. Keylogger dari jenis perisian
2. Keylogger dari jenis perkakasan


Keylogger dari jenis perkakasan (sebagai contoh USB keylogger) sudah jarang sekali digunakan kerana keylogger dari jenis perisian lebih mudah digunakan tambahan pula ia menyokong aplikasi untuk memasangnya (install) secara remote sahaja dan ini bererti anda dapat memantau aktiviti mana-mana komputer di seluruh dunia..(ayat aku skema sikit hari ni sebab konon-konon buat kerja la depan bos..heheh)



Dapatkah keylogger dikesan oleh mangsa?


adalah amat sukar mengesan keylogger sebaik sahaja ia dapat masuk ke komputer si mangsa kerana ia bergerak/berfungsi dalam keadaan STEALTH MODE iaitu ia menyembunyikan diri dari task manager, startup dan sebagainya..


Bolehkah mangsa mengesan tuan pemunya keylogger?

sekali ia memasuki PC, terlalu sukar untuk mengesan tuan pemunya keylogger..


Bagaimanakah cara untuk melindungi diri dari menjadi mangsa?

Keylogger yang ringkas dapat dikesan oleh antivirus yang paling lemah sekalipun..namun, kebanyakan yang menggunakan keylogger bertindak bijak apabila melakukan proses enkripsi pada keylogger tersebut seperti Crypting, Binding, Hexing, dan sebagainya sehingga ia menyebabkan kesukaran kepada antivirus untuk mendeteksi keylogger..

Oleh itu untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa, Saya menyarankan anda supaya menggunakan perisian yang dipanggil sebagai Sandboxie..Sandboxie menjalankan setiap program komputer anda di dalam satu bahagian yang terasing pada partisi cakera keras anda..jadi ini dapat mengelakkan sebarang perubahan kekal pada komputer..pengguna Firefox boleh menggunakan versi percuma Keyscrambler yang meng-enkripsi setiap keystroke yang telah ditaip..oleh itu anda tidak perlu lagi bimbang kerana penyerang akan mendapat keystroke yang telah di-enkripsi oleh Keyscrambler tadi..



Keylogger manakah yang terbaik?


Setakat yang dijumpai oleh aku, ada blogger (juga seorang hacker) mengatakan terdapat 2 jenis keylogger yang terbaik (dapat melepasi Antivirus) setakat ini iaitu:

1. Snyperspy
2. Winspy


Bagaimanakah caranya untuk mengesan Keylogger yang telah digabungkan bersama fail yang lain?

Keylogger dapat digabungkan dengan hampir apa jua jenis fail..anda boleh menggunakan Bintext atau Hex Editor..cuma Bintext atau Hex Editor ini tidak berkesan terhadap sambungan internet yang ter-enkripsi oleh itu anda boleh menggunakan alternatif daripada sebuah perisian yang dinamakan sebagai Resource Hacker yang boleh memberitahu anda sama ada fail yang dicurigai itu telah digabungkan bersama dengan keylogger ataupun tidak..





Sumber : OmgHackers

















0 comments: